Sunday, January 10, 2010

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI KELAB USAHAWAN TANI NEGERI PAHANG (KUTNEP)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pengunjung yang datang melawat blog pertanian KUTNEP. Kelab Usahawan Tani Negeri Pahang (K.U.T.N.E.P) adalah satu kelab bebas (Independent) yang ditubuhkan khusus untuk pengusaha yang menjalankan pertanian sekitar dinegeri Pahang. Objektif dan tujuan Kelab KUTNEP ini ditubuhkan adalah untuk:
  • Bertukar-tukar pendapat/maklumat dan pengalaman dalam bidang pertanian.
  • Membeli peralatan dan barang-barang secara berkelompok dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.
  • mengemukakan dan membincangkan masalah pertanian yang dihadapi oleh ahli-ahli.
  • 'brain storming untuk isu atau sebarang cadangan atau rancangan ahli-ahli.
  • Membimbing dan memberi nasihat kepada ahli-ahli yang baru menceburi bidang pertanian.
Sehingga kini, rata-rata ahli kelab KUTNEP terdiri daripada pengusaha Timun Kaedah Fertigasi, pertanian sayur sayuran konvensional, tapak semaian dan perladangan. Kami sering bertemu untuk membincangkan segala isu, masalah dan juga penemuan baru dan berkongsi maklumat di antara satu sama lain.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Kelab kami atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Email: kutnep@gmail.com
Hp: +6019-9344300 (En. Yusoff-AJK KUTNEP)

1 comments:

UbaiMakmurAgroTech said...

Usaha yang amat bagus. saya sekarang adalah pengusaha sayuran secara fertigasi di kuantan. jika dibandingkan harga input di kuantan amat mahal. bulan disember sahaja saya telah pergi ke Cameron Highland sebanyak 3 kali. saya amat berharap melalui kelab seperti ini kita boleh membuat belian secara berkelompok bagi merendahkan kos. Terima kasih kepada penganjur.

Post a Comment