Friday, January 22, 2010

Senarai Ahli-ahli KUTNEP

Senarai Ahli-ahli KUTNEP telah dikemaskini disertakan dengan jenis-jenis perusahaan yang dilakukan. Sila klik di link yang ada di bawah:

SENARAI AHLI AHLI KUTNEP <----KLIK DI SINI ***Jika terdapat kesilapan ejaan atau ingin membuat penambahan, sila beri keterangan di bahagian komen/borak-borak/atau Email kepada---> kutnep@gmail.com

Mesyuarat pertama KUTNEP 200110

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Mesyuarat yang pertama KUTNEP telah berjaya diadakan pada 20hb Januari 2010 bertempat di Pusat Latihan Pertanian,Kuantan Pahang.

Minit Mesyuarat boleh dilihat pada link yang berikut:

MESYUARAT PERTAMA KUTNEP 20012010 <----KLIK DI SINI
Terima Kasih Diucapkan kepada semua yang hadir. Semoga ramai lagi pengusaha pertanian menyertai KUTNEP. Sekian

Sunday, January 10, 2010

JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI KELAB USAHAWAN TANI NEGERI PAHANG (KUTNEP)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada pengunjung yang datang melawat blog pertanian KUTNEP. Kelab Usahawan Tani Negeri Pahang (K.U.T.N.E.P) adalah satu kelab bebas (Independent) yang ditubuhkan khusus untuk pengusaha yang menjalankan pertanian sekitar dinegeri Pahang. Objektif dan tujuan Kelab KUTNEP ini ditubuhkan adalah untuk:
  • Bertukar-tukar pendapat/maklumat dan pengalaman dalam bidang pertanian.
  • Membeli peralatan dan barang-barang secara berkelompok dengan harga yang lebih murah dan berpatutan.
  • mengemukakan dan membincangkan masalah pertanian yang dihadapi oleh ahli-ahli.
  • 'brain storming untuk isu atau sebarang cadangan atau rancangan ahli-ahli.
  • Membimbing dan memberi nasihat kepada ahli-ahli yang baru menceburi bidang pertanian.
Sehingga kini, rata-rata ahli kelab KUTNEP terdiri daripada pengusaha Timun Kaedah Fertigasi, pertanian sayur sayuran konvensional, tapak semaian dan perladangan. Kami sering bertemu untuk membincangkan segala isu, masalah dan juga penemuan baru dan berkongsi maklumat di antara satu sama lain.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai Kelab kami atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Email: kutnep@gmail.com
Hp: +6019-9344300 (En. Yusoff-AJK KUTNEP)